Anugerah Pelajar Cemerlang PMR

Penganugerahan dan pemberian sijil bagi Pelajar Cemerlang PMR SMK Dato' Dol Said 2010

Pameran Buku - Jualan Murah

Pameran buku di Dewan Besar SMK Dato' Dol Said. Jualan pada harga terendah khas untuk pelajar SMKDDS.

Taklimat Penggunaan iPTV untuk Guru Kanan Mata Pelajaran

Taklimat yang diadakan oleh pihak pembekal (Moxie Sdn Bhd) mengenai cara menggunakan aplikasi bagi penggunaan iPTV pada 23 Mac 2011 di Makmal Bestari 1.

Mesyuarat Agong PIBG

Mesyuarat Agong PIBG dirasmikan oleh Timbalan Pelajaran Negeri Melaka di Dewan Besar SMKDDS.

Program Dari Hati Ke Hati

Program yang diusahakan oleh Pengetua SMKDDS bagi mendekatkan diri dengan pelajar SMKDDS sebagai peransang memajukan diri dalam pelajaran.

Isnin, 6 Jun 2011

Buat Kad Nama (Name Card) Menggunakan Microsoft WORD


Kad nama atau lebih senang dipanggil Name Card atau Business Card, menjadi keperluan sekiranya seseorang itu mempunyai perniagaan sendiri yang ingin menjadikannya sebagai pengganti diri.

Kad nama juga memudahkan urusan perniagaan kerana di dalamnya terkandung Nama, Nombor Telefon, Alamat, Nama Syarikat, Jenis Perniagaan dan lain-lain lagi.

Memandangkan kad nama akan menjadi satu keperluan pada masa akan datang untuk anda (sekiranya ingin membuka perniagaan dan sebagainya), anda boleh menghasilkannya sendiri tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar untuk menempahnya di kedai yang memberikan khidmat membuat kad nama ini.

Ringkasnya, kad nama yang dihasilkan mengikut idea anda sendiri dengan hanya menggunakan Microsoft WORD dan Pencetak (Printer).

Langkah-langkahnya :

  1. Aktifkan aplikasi Word anda dengan mengklik ikon Microsoft Word yang ada di menu [Start] > [Programs] > [Microsoft Office Word].
  2. Untuk membuat kad nama, klik menu [Tools] > [Letters and Mailings] > [Envelope and Labels] yang terdapat pada toolbars “Commands Menu”.
  3. Setelah muncul tetingkap “Envelope and Labels”, klik pada tab [Labels] untuk mulai membuat data pada kad nama anda.
  4. Tuliskan data anda pada ruangan teks di bawah label “Address” dan atur ukuran kad nama anda pada butang “Options”.
  5. Sebagai contoh nampak pada gambar bahawa kad menggunakan tipe “Avery Standard 3612” untuk “Business Card”.
  6. Lalu pada kotak [Print] beri tanda pada butang radio [Full page of the same label] agar kad nama anda tercetak dalam satu lembar kertas ukuran A4.
  7. Klik butang [New Document] agar anda dapat melihat bentuk dari kad nama dalam bentuk satu helai kertas ukuran A4. Biasanya, pada satu helai A4 akan diperoleh 8 keping kad nama.
  8. Setelah muncul kad nama dalam satu helai A4, Anda dapat memberikan gambar latar yang berbeza-beza untuk setiap kad nama Anda.

Rabu, 1 Jun 2011

Penggunaan InfoBlast di SMK Dato' Dol Said



Dengan rasminya SMK Dato' Dol Said telah menggunakan Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) InfoBlast daripada Telekom Malaysia (TM).


Perkhidmatan ini digunakan bagi melancarkan sistem pentadbiran sekolah dengan menggunakan teknologi ICT. Sehubungan itu, penggunaan infoblast ini bertujuan memberikan maklumat dan info daripada pihak sekolah kepada pihak pentadbir, guru-guru dan staf sekolah berkenaan mesyuarat, bengkel, info dan sebagainya.

Bagi melancarkan perkhidmatan ini sepenuhnya di sekolah, Pengetua mengarahkan agar semua guru-guru dan staf mengemaskini nombor terbaru telefon bimbit masing-masing. Sila maklumkan jika terdapat pertukaran nombor telefon kepada Juruteknik Komputer.

Infoblast menggunakan komunikasi 2 hala yang bermaksud setiap sms yang diterima boleh dibalas balik ke nombor 06-5568551. Setiap sms yang dibalas (reply) akan dicas pada kadar yang ditetapkan oleh pembekal talian telefon bimbit masing-masing.

* Setiap SMS yang diterima akan menggunakan nombor talian tetap 06-5568551.



Isnin, 30 Mei 2011

Teknik Menjawab Soalan PMR & SPM

Matapelajaran Geografi (PMR) di Dewan Besar SMKDDS.

*Masih dalam proses pengemaskinian..

Jumaat, 27 Mei 2011

Statistik Facebook 2010

 
Statistik facebook sepanjang tahun 2010. Dilaporkan oleh akhbar Telegraph pada 1 Januari 2011

Status hubungan sepanjang tahun 2010:
  • Lebih kurang 43,869,800 akaun mengubah statusnya menjadi Single.
  • Lebih kurang 3,025,791 akaun mengubah statusnya menjadi “It’s complicated”.
  • Lebih kurang 28,460,516 akaun mengubah statusnya menjadi In a relationship.
  • Lebih kurang 5,974,574 akaun mengubah statusnya menjadi Engaged.
  • Lebih kurang 36,774,801 akaun mengubah statusnya menjadi Married.
Secara purata apa yang terjadi di dalam Facebook dalam masa 20 minit? Berikut statistik yang telah tercatat:
  • Purata 1 juta link di share di Facebook dalam masa 20 minit.
  • Purata 1,323,000 foto baru di ‘tag’.
  • Purata 1,484,000 undangan event dihantar.
  • Purata 1,587,000 posting di Wall.
  • Purata 1,851.000 update status.
  • Purata 1,972.000 permintaan menjadi teman (friend request) diterima.
  • Purata 2,716.000 foto diupload.
  • Purata 10,208,000 komen.
  • Purata 4,632,000 pesan di hantar.
  • Purata 7,657,000 klik ‘Like’.
Selebriti yang paling banyak di ‘like’:
  • Lady Gaga (24,712,169 orang ‘Like this’).
  • Eminem (23,729,700 orang ‘Like this’).
  • Megan Fox (19,575,080 orang ‘Like this’).
  • Vin Diesel (19,425,325 orang ‘Like this’).
  • Rihanna (18,903,844 orang ‘Like this’).
  • Barack Obama (17,229,885 orang ‘Like this’).
 Di bawah ini merupakan gambaran bilik server utama facebook :






Selasa, 24 Mei 2011

Kursus Pemantapan Penggunaan EduWebTV


Kursus Pemantapan Penggunaan EduWebTV versi 2.0 - anjuran Pusat Sumber Sekolah.


Kursus ini telah dijalankan pada hari ini bermula jam 3:00 petang dan telah berakhir pada jam 4:30 petang bertempat di Makmal Bestari 1. En. Mohamad Noor Bin Idris daripada BTPN merupakan penceramah yang menerangkan cara-cara mendaftar dan menggunakan secara menyeluruh didalam pembelajaran.

Kursus ini disertai oleh Guru Cemerlang bagi setiap mata pelajaran di SMK Dato' Dol Said. Tujuan memilih guru-guru cemerlang menyertai kursus ini adalah sebagai Fasilitator untuk mengajar guru-guru lain dalam setiap matapelajaran masing-masing.

Program seumpama ini banyak memberi pendekatan kepada penggunaan ICT dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Selain dapat membantu guru-guru mengikuti aliran ICT yang semakin bertambah maju.

* Bagi guru-guru yang inginkan fail program (software) berkain EduWebTV yang dibekalkan oleh BTPN, sila gunakan 'Public' untuk salin ke komputer masing-masing.













Jumaat, 20 Mei 2011

Majlis Anugerah Q-Bestari Sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah Tahun 2011

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Alor Gajah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan menganjurkan Hari Anugerah Q-Bestari Sekolah Sekolah Daerah Alor Gajah pada September 2011.








Senarai anugerah yang akan dipertandingkan ialah :

1) Pengurusan ICT Sekolah Terbaik
2) Program Pembestarian Terbaik
3) Pencapaian SSQS Terbaik
4) pengurusan makmal Komputer Terbaik
5) Pengurusan Bilik Komputer Terbaik
6) Pengurusan Pusat Akses Terbaik
7) Pengurusan PSS Terbaik
8) Pengurusan NILAM Terbaik
9) Pengurusan Laman Web Sekolah Terbaik
10) Pengurusan Blog Pusat Akses Terbaik
11) Pebgurusan Blog PSS Terbaik
12) Pengajaran Berasaskan EduWebTV Terbaik
13) Anugerah Inovasi

Selasa, 17 Mei 2011

Apa yang dimaksudkan dengan Sumber Terbuka (Open Source)?

Sumber Terbuka (Open Source)
bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat serta diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.

Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI)
telah dibentuk pada Februari 1998 oleh Eric S. Raymond dan Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan sesetengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-komersial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:

i) Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarnya.

ii) Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya.

iii) Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai di bawah syarat yang sama.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites