Dibawah adalah peraturan yang perlu dipatuhi sepenuhnya oleh para pelajar yang ingin menggunakan komputer di pusat akses sekolah. Tindakan akan diambil sekiranya peraturan yang ditetapkan ini diabaikan oleh pelajar berkenaan.
01. Pelajar dilarang masuk tanpa kebenaran guru atau AJK bertugas.
02. Dilarang membawa masuk bag, makanan/ minuman ke dalam bilik ini.
03. Bertanggungjawab semasa menggunakan kemudahan di bilik ini.
04. Memastikan bilik ini sentiasa dalam keadaan bersih dan tersusun.
05. Satu komputer untuk kegunaan seorang saja dalam satu masa.
06. Pastikan anda mencatatkan penempahan penggunaan sebelum masuk.
07. Catatkan semua penggunaan dalam buku log yang disediakan.
08. Mengimbas disket atau pen drive sebelum digunakan.
09. Dilarang bermain ’game’ atau menonton VCD di dalam bilik ini.
10. Dilarang ’install’ program lain dalam komputer.
11. Dilarang mencuba membaiki atau merosakkan perkakasan komputer.
12. Dilarang memindahkan perkakasan dari kedudukan asal.
13. Dilarang memadamkan perisian yang sedia ada dalam komputer.
14. Dilarang mengubah sebarang ’setting’ dalam komputer.
15. Dilarang menyimpan sebarang fail di dalam cakera keras.
16. Kemudahan internet untuk tujuan pelajaran sahaja.
17. Laporkan segala masalah komputer kepada guru dengan kadar segera.
18. Mematikan komputer mengikut prosedur yang betul.
19. Mematikan semua suis sebelum meninggalkan bilik ini.
20. Mematuhi segala peraturan dari masa ke semasa.
Peraturan Pusat Akses
11:19 PTG
admin