Rabu, 1 Jun 2011

Penggunaan InfoBlast di SMK Dato' Dol Said



Dengan rasminya SMK Dato' Dol Said telah menggunakan Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) InfoBlast daripada Telekom Malaysia (TM).


Perkhidmatan ini digunakan bagi melancarkan sistem pentadbiran sekolah dengan menggunakan teknologi ICT. Sehubungan itu, penggunaan infoblast ini bertujuan memberikan maklumat dan info daripada pihak sekolah kepada pihak pentadbir, guru-guru dan staf sekolah berkenaan mesyuarat, bengkel, info dan sebagainya.

Bagi melancarkan perkhidmatan ini sepenuhnya di sekolah, Pengetua mengarahkan agar semua guru-guru dan staf mengemaskini nombor terbaru telefon bimbit masing-masing. Sila maklumkan jika terdapat pertukaran nombor telefon kepada Juruteknik Komputer.

Infoblast menggunakan komunikasi 2 hala yang bermaksud setiap sms yang diterima boleh dibalas balik ke nombor 06-5568551. Setiap sms yang dibalas (reply) akan dicas pada kadar yang ditetapkan oleh pembekal talian telefon bimbit masing-masing.

* Setiap SMS yang diterima akan menggunakan nombor talian tetap 06-5568551.



0 komen:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites