Anugerah Pelajar Cemerlang PMR

Penganugerahan dan pemberian sijil bagi Pelajar Cemerlang PMR SMK Dato' Dol Said 2010

Pameran Buku - Jualan Murah

Pameran buku di Dewan Besar SMK Dato' Dol Said. Jualan pada harga terendah khas untuk pelajar SMKDDS.

Taklimat Penggunaan iPTV untuk Guru Kanan Mata Pelajaran

Taklimat yang diadakan oleh pihak pembekal (Moxie Sdn Bhd) mengenai cara menggunakan aplikasi bagi penggunaan iPTV pada 23 Mac 2011 di Makmal Bestari 1.

Mesyuarat Agong PIBG

Mesyuarat Agong PIBG dirasmikan oleh Timbalan Pelajaran Negeri Melaka di Dewan Besar SMKDDS.

Program Dari Hati Ke Hati

Program yang diusahakan oleh Pengetua SMKDDS bagi mendekatkan diri dengan pelajar SMKDDS sebagai peransang memajukan diri dalam pelajaran.

Sabtu, 30 April 2011

Kemaskini Antivirus Karspersky

 
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan CD Antivirus Karpersky yang akan diberikan secara percuma untuk dipasangkan ke semua komputer peribadi dan komputer bimbit sekolah.

Tidak seperti sebelumnya GITN yang akan datang ke sekolah untuk membuat pemasangan tersebut, kali ini semua sekolah akan dibekalkan perisian antivirus tersebut dan akan memasangnya sendiri mengikut manual yang diberikan bersama CD berkenaan.

Lesen yang dibekalkan kepada sekolah kali ini adalah selama satu tahun sahaja dan pemasangan tersebut hanya untuk komputer milik kerajaan sahaja
Untuk mengemaskini perisian antivirus Karspersky, sila hubungi Guru Penyelaras Bestari - Cikgu Hasratul Amir atau Juruteknik Komputer - Mohd Arifin di bilik server sekolah.

Sekian, terima kasih.


Jumaat, 29 April 2011

Kemaskini Blog


Blog PuAS - Pusat Akses SMK Dato' Dol Said masih lagi dalam proses pembikinan. Data-data yang akan dimasukkan ke dalam blog perlu dikemaskini terlebih dahulu agar ianya selaras dengan perkembangan dan maklumat sekolah.
Bagi paparan muka depan pula ianya diolah agar bersesuaian dengan konsep pusat akses. Laman-laman muka surat yang dibina juga masih diperingkat pembikinan.
Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan tersebut. Sokongan anda amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 27 April 2011

Kursus Membina Blog Pusat Akses Sekolah

Satu Kursus membina blog anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka telah diadakan di SMV Datuk Seri Mohd Zin pada 26 April 2011 dari 8:00 pg hingga 5:00 ptg. Kursus tersebut disertai oleh Juruteknik Komputer dari 24 buah sekolah sekitar Alor Gajah dan Masjid Tanah yang memainkan peranan penting dalam kelancaran penggunaan pusat akses sekolah.
Sehubungan itu, BTP telah menganjurkan kursus membina Blog untuk Pusat Akses Sekolah (PuAS). Modul pembelajaran disediakan dengan begitu berkesan dan program ini berjalan dengan jayanya.
Juruteknik sekolah yang telah menghadiri kursus ini diberi tempoh seminggu untuk mengemaskini data dalam blog masing-masing dan akan dipantau oleh pegawai ICT dari BTP kemudian.
Kesemua peserta diberikan sijil penyertaan di akhir kursus. Terima kasih kepada pihak BTP dan tenaga pengajar dari SMV Datuk Seri Mohd Zin.
Untuk melayari blog pusat akses bagi sekolah lain bolehlah melayari http://puasalorgajah.blogspot.com/ atau klik disini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites