Anugerah Pelajar Cemerlang PMR

Penganugerahan dan pemberian sijil bagi Pelajar Cemerlang PMR SMK Dato' Dol Said 2010

Pameran Buku - Jualan Murah

Pameran buku di Dewan Besar SMK Dato' Dol Said. Jualan pada harga terendah khas untuk pelajar SMKDDS.

Taklimat Penggunaan iPTV untuk Guru Kanan Mata Pelajaran

Taklimat yang diadakan oleh pihak pembekal (Moxie Sdn Bhd) mengenai cara menggunakan aplikasi bagi penggunaan iPTV pada 23 Mac 2011 di Makmal Bestari 1.

Mesyuarat Agong PIBG

Mesyuarat Agong PIBG dirasmikan oleh Timbalan Pelajaran Negeri Melaka di Dewan Besar SMKDDS.

Program Dari Hati Ke Hati

Program yang diusahakan oleh Pengetua SMKDDS bagi mendekatkan diri dengan pelajar SMKDDS sebagai peransang memajukan diri dalam pelajaran.

Rabu, 29 Jun 2011

Remove Windows Genuine Advantage Notifications

Remove Windows Genuine Advantage Notifications

Peristiwa Israk Mikraj







Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.


Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.




  Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.



  Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.
   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.
   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad. 
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

  Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
 
*Dipetik daripada Al-Azim.com 


Jumaat, 17 Jun 2011

51 Laman Web Di Godam




'Anonymous' lancar 'Operation Malaysia' awal pagi kelmarin.
SKMM wujudkan pasukan pantau, halang serangan siber.



KUALA LUMPUR: Sebanyak 51 laman web dengan domain gov.my diserang sejak jam 11.30 malam kelmarin sehingga pagi semalam menyebabkan sekurang-kurang 41 daripadanya mengalami gangguan tetapi pada tahap berbeza. Serangan itu dikesan lebih awal daripada ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa yang menggelar diri mereka `Anonymous’ untuk menyerang portal kerajaan www.malaysia.gov.my melalui `Operation Malaysia’ pada jam 3.30 pagi semalam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ketika mengesahkan serangan itu bagaimanapun menjangkakan proses pemulihan laman web terbabit tidak mengambil masa lama dan kebanyakannya sudah pulih.

Suruhanjaya itu berkata, pemeriksaan lanjut mendapati setakat ini tiada kesan ketara ke atas pengguna di Malaysia akibat serangan berkenaan, malah cubaan menggodam laman web SKMM di alamat www.skmm.gov.my juga gagal.

“Hasil pemantauan kami menunjukkan serangan berkurangan mulai jam 4.00 pagi tadi (semalam). Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM sudah mengambil tindakan bersepadu sepanjang masa bagi meringankan serangan dan akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain, pakar keselamatan siber serta penyedia perkhidmatan untuk memantau situasi ini.
“Orang ramai dinasihat melaporkan sebarang maklumat mengenai identiti penggodam ini kerana tindakan mengganggu rangkaian perkhidmatan adalah satu kesalahan serius yang boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan akhbar mengenai penggodaman laman web kerajaan Malaysia oleh penggodam tidak dikenali, semalam.

Kelmarin, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan semua agensi kerajaan bersiap sedia dan mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 36 jam berikutnya.

Amaran itu dikeluarkan berikutan ancaman `Anonymous’ mahu menyerang portal kerajaan, www.malaysia.gov.my melalui `Operation Malaysia’ pada jam 3.30 pagi semalam, dengan alasan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.

`Anonymous’ ditubuhkan pada 2003 dengan moto `We are Anonymous. We are legion. We do not forgive. We do not forget. Expect us’ (Kami tidak bernama. Kami kumpulan besar. Kami tidak memaafkan. Kami tidak akan Lupa).

Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia (BNM), Lee Poh Fong ketika dihubungi berkata, laman web BNM tidak menghadapi sebarang masalah penggodaman setakat ini.

“Bagaimanapun, kami sedang mengawasi dan memantau rapi keadaan. BNM juga tiada menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak bank,” katanya.

Pengarah Eksekutif Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia, Chuah Mei Lin, dalam kenyataannya, berkata pihaknya belum mendapat sebarang maklumat daripada ahli persatuan itu mengenai laman web bank mereka digodam atau dicerobohi.

“Kami ingin memaklumkan ahli bank kami memiliki kawalan keselamatan yang kukuh serta bersesuaian bagi mengelakkan cubaan mengubah informasi yang dipaparkan atau menyebabkan kerosakan kepada laman e-perbankan tanpa kebenaran,” katanya.



Selain Malaysia beberapa negara lain turut diserang penggodam termasuk baru-baru ini di Turki..

Antara Laman Web Kerajaan Malaysia yang terlibat :


Khamis, 16 Jun 2011

Laman Web Kerajaan Diceroboh

Bermula semalam 15 Jun 2011, seluruh komuniti internet kecoh tentang usaha pihak yang berselindung di sebalik gelaran "Anonymous" untuk ceroboh 'hack' laman web milik kerajaan.

Setakat pagi ni, beberapa laman web dah berjaya diceroboh ataupun memaksa pihak pengendali untuk 'offline'kan dulu, antaranya malaysia.gov.my, www.sabahtourism.com, Kementerian Pelajaran, SPR, Bomba, Kementerian Kerja Raya, termasuklah KRU Studios. Kenapa KRU Studios terselit di celah-celah website kerajaan? Ini kerana Norman KRU merupakan peneraju untuk kempen ban laman web untuk illegal download seperti ThePirateBay dan MegaUpload.
-Sumber dari blog sembangbincang-

Ini pula petikan daripada video yang disebarkan oleh penggodam yang menggelarkan diri mereka Anonymous. Video tersebut telah mula disebarkan pada 14 Jun 2011.

Anonymous pada 14 Jun 2011” Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.We are Anonymous , We are Legion, We do not forgive, We do not forget, Expect us. “ 


Isnin, 13 Jun 2011

Selamat Bersara Mr. MAK


Dalam proses kemaskini

Jumaat, 10 Jun 2011

Layari Internet Tanpa Sekatan

Peringatan : Sila gunakannya untuk kebaikan dan sebagai menambah pengetahuan sahaja. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas segala kecuaian dan keburukan daripada menggunakan aplikasi web ini.

 
Kali ini saya akan berkongsi mengenai proxy server yang masih dalam percubaan. Kegunaannya, membuka laman web yang telah ditapis daripada diakses oleh mana-mana pihak. Secara amnya sesetengah laman web tidak dibenarkan untuk diakses oleh sesetengah individu tetapi dengan menggunakan proxy, kita boleh juga membuka laman web berkenaan.



Apa itu proxy?

Secara mudahnya , Proxy ialah orang yang kita gunakan untuk menutup identiti kita yang sebenarnya. Dari segi pengkomputeran, proxy ialah nombor server ISP lain yang kita gunakan sebagai identiti samaran kita. Kalau kita gunakan TMnet, 202.188.xxx.xxx, kita boleh setkan browser kita dengan no. server ISP yang lain, contohnya 210.130.251.142:8080 (proxy2.aimnet.ne.jp:8080). So, bila orang check no.IP kita, mereka ingat kita orang Jepun.


Kenapa Guna Proxy

Untuk lindungi diri kita supaya IP kita tidak diketahui org lain ialah menggunakan proxy. Kita set kan no. ISP orang lain ke dalam browser kita. So, bila orang lain tengok IP kita melalui kaedah yg dinyatakan di atas, dia hanya mengetahui ISP orang lain yang kita dah setkan. Biasanya, kita ambil ISP server negara yang jauh daripada kita. Apa akibatnya bila orang tahu no.ISP kita? Pertama, orang boleh baca maklumat dalam PC kita menggunakan program2 tertentu seperti NetBus, HackOrifice, Trojan Horse dan lain2. Kedua, mereka boleh crashkan PC kita (nuke). Ketiga, sebagai hackers, kita buat kerja yang menyebabkan kemarahan orang lain. Mereka boleh email ISP kita, dan ISP kita (TMnet atau Jaring) akan berikan amaran kepada kita atau report kepada pihak yang berkuasa. Nasib tak baik, masuk 'paper', muka depan kerana menceroboh laman web.


Kelemahan Proxy

Proxy boleh melambatkan sedikit capaian internet. Ini kerana maklumat terpaksa melalui proxy, kemudian baru ke site yang dibuka. Begitu juga maklumat site berkenaan terpaksa melalui proxy sebelum sampai kepada kita.'Proxy speed' juga berubah2. Mungkin hari ini laju, esoknya server proxy dah down. Jadi kena rajin tukar proxy kalau kita notice ada perubahan kelajuan, atau susah nak buka sesuatu site.



Untuk mencuba versi aplikasi web yang menggunakan proxy, sila ke http://merahmaya-proxy.appspot.com/ dan masukkan laman web yang ingin dilayari cth: google.com.


Selamat mencuba dan gunakan untuk kebaikan. Jangan salahgunakannya...

Selasa, 7 Jun 2011

Komputer Anda Gagal Memasuki Windows



Kali ini merupakan penerangan ringkas mengenai komputer/notebook anda yang gagal memasuki Windows. Memandangkan ramai pengguna komputer telah menggunakan Windows 7 jadi saya menjadikan Windows 7 sebagai contoh disini, tapi cara ini boleh diaplikasikan pada Windows Vista dan Windows XP.

Menu yang terpapar pada windows lain mungkin berlainan dari segi susun aturnya dan lokasi tapi saya pasti menu yang perlu anda pergi tidak jauh bezanya dari segi namanya.

Ini merupakan cara yang paling mudah dan ringkas bagi mengatasi masalah ketidakboleh buka Windows di komputer anda.

Mula2 "ON" komputer, tekan key F8 pada keyboard anda berulang kali sampailah masuk satu menu khas.

Di situ tertera pelbagai menu, antaranya :
Repair your computer
Safe Mode
Safe Mode With Networking
Safe mode with Command Prompt
dan sebagainya

Dibawah adalah contoh paparan menu untuk windows Vista dan XP















Dibawah adalah contoh paparan menu untuk Windows 7













Pilih safe mode dan tekan enter

Kemudian tunggu ianya "Loading" dahulu, mungkin mengambil sedikit masa. Perhatikan lampu CPU berkerja pada laptop atau desktop anda. Langkah selepas ini hanya boleh dilakukan jika anda berjaya masuk Windows dalam keadaan “Safe Mode”, mungkin 5 minit, mungkin 10 minit. Kalau tak masuk juga malang sekali komputer anda mungkin tiada harapan untuk masuk windows dan ini memerlukan anda untuk format sepenuhnya.

Jika berjaya masuk, skrin akan memaparkan Logon interface dimana anda boleh pilih username yang anda ingin login. Mula2 cuba dengan nama login yang anda selalu guna. Kalau tak boleh, gunakan Administrator (cuba kosongkan ruangan password dan tekan enter). Jangan masuk Guest kerana anda tidak anda kelayakan Admin (Administrator privilage) untuk melakukan proses pembaik pulih.
Setelah berjaya, anda akan dapati rupa windows anda tidak sama seperti anda selalu lihat. Mungkin juga akan keluar pop-up untuk “System restore”, sila abaikan.
Setelah berjaya, tekan Start menu, pilih Run untuk Windows XP, atau taip sahaja di ruangan “Search”.

Taipkan msconfig dan tekan enter.













Jika berjaya masuk, Di tab general, pilih Selective startup, dan “untick” Load system service dan Load startup item.
Setelah itu klik OK. Anda akan ditanya samada anda mahu restart komputer anda. Sila pilih restart.
Dan cuba masuk window tanpa menekan butang F8 pada keyboard. Jika berjaya, backup fail – fail penting pada backup fail dokumen anda di dalam desktop, my documents (atau Library dalam Windows 7). Fail-fail pada hardisk selain c: tidak perlu di backup. namun amatlah disaran untuk berbuat demikian.

Boleh juga guna cara2 di bawah ini :
Jika komputer anda tidak boleh masuk ke Windows, cara termudah adalah repair Windows. caranya dengan memasukkan CD install Windows, terus ubah BIOS untuk startup dengan CD/DVD-ROM, setelah install masuk ke bahagian install Windows, pilihan butang repair Windows. anda boleh juga menginstall semula Windows ke folder baru atau menformat harddisk apabila merepair Windows gagal.
Pastikan dahulu anda tidak mengubah setting BIOS sebelumnya, kalau anda telah mengubahnya sebaiknya mengembalikannya seperti asal, kalau terlupa pilih butang ‘Loading BIOS default’.
Apabila langkah-langkah di atas gagal semuanya, kemungkinan ada kerosakan pada hardware anda. Kerosakan pada umumnya terletak pada memori dan harddisk. VGA dan mainboard mungkin juga boleh rosak, tapi kemungkinannya sangat kecil.

Nota : Kerosakan driver VGA card boleh juga menyebabkan Windows tidak boleh masuk. Anda harus startup di ’safe mode’ lalu uninstall driver VGA yang rosak dahulu, dan baru install kembali driver VGA yang baru ketika masuk ke Windows secara normal.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites