Sabtu, 30 April 2011

Kemaskini Antivirus Karspersky

 
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan CD Antivirus Karpersky yang akan diberikan secara percuma untuk dipasangkan ke semua komputer peribadi dan komputer bimbit sekolah.

Tidak seperti sebelumnya GITN yang akan datang ke sekolah untuk membuat pemasangan tersebut, kali ini semua sekolah akan dibekalkan perisian antivirus tersebut dan akan memasangnya sendiri mengikut manual yang diberikan bersama CD berkenaan.

Lesen yang dibekalkan kepada sekolah kali ini adalah selama satu tahun sahaja dan pemasangan tersebut hanya untuk komputer milik kerajaan sahaja
Untuk mengemaskini perisian antivirus Karspersky, sila hubungi Guru Penyelaras Bestari - Cikgu Hasratul Amir atau Juruteknik Komputer - Mohd Arifin di bilik server sekolah.

Sekian, terima kasih.


0 komen:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites