Isnin, 6 Jun 2011

Buat Kad Nama (Name Card) Menggunakan Microsoft WORD


Kad nama atau lebih senang dipanggil Name Card atau Business Card, menjadi keperluan sekiranya seseorang itu mempunyai perniagaan sendiri yang ingin menjadikannya sebagai pengganti diri.

Kad nama juga memudahkan urusan perniagaan kerana di dalamnya terkandung Nama, Nombor Telefon, Alamat, Nama Syarikat, Jenis Perniagaan dan lain-lain lagi.

Memandangkan kad nama akan menjadi satu keperluan pada masa akan datang untuk anda (sekiranya ingin membuka perniagaan dan sebagainya), anda boleh menghasilkannya sendiri tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar untuk menempahnya di kedai yang memberikan khidmat membuat kad nama ini.

Ringkasnya, kad nama yang dihasilkan mengikut idea anda sendiri dengan hanya menggunakan Microsoft WORD dan Pencetak (Printer).

Langkah-langkahnya :

  1. Aktifkan aplikasi Word anda dengan mengklik ikon Microsoft Word yang ada di menu [Start] > [Programs] > [Microsoft Office Word].
  2. Untuk membuat kad nama, klik menu [Tools] > [Letters and Mailings] > [Envelope and Labels] yang terdapat pada toolbars “Commands Menu”.
  3. Setelah muncul tetingkap “Envelope and Labels”, klik pada tab [Labels] untuk mulai membuat data pada kad nama anda.
  4. Tuliskan data anda pada ruangan teks di bawah label “Address” dan atur ukuran kad nama anda pada butang “Options”.
  5. Sebagai contoh nampak pada gambar bahawa kad menggunakan tipe “Avery Standard 3612” untuk “Business Card”.
  6. Lalu pada kotak [Print] beri tanda pada butang radio [Full page of the same label] agar kad nama anda tercetak dalam satu lembar kertas ukuran A4.
  7. Klik butang [New Document] agar anda dapat melihat bentuk dari kad nama dalam bentuk satu helai kertas ukuran A4. Biasanya, pada satu helai A4 akan diperoleh 8 keping kad nama.
  8. Setelah muncul kad nama dalam satu helai A4, Anda dapat memberikan gambar latar yang berbeza-beza untuk setiap kad nama Anda.

1 komen:

terima kasih.. saya nak cuba nanti.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites