Selasa, 17 Mei 2011

Apa yang dimaksudkan dengan Sumber Terbuka (Open Source)?

Sumber Terbuka (Open Source)
bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat serta diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.

Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI)
telah dibentuk pada Februari 1998 oleh Eric S. Raymond dan Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan sesetengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-komersial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:

i) Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarnya.

ii) Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya.

iii) Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai di bawah syarat yang sama.



0 komen:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites