Anugerah Pelajar Cemerlang PMR

Penganugerahan dan pemberian sijil bagi Pelajar Cemerlang PMR SMK Dato' Dol Said 2010

Pameran Buku - Jualan Murah

Pameran buku di Dewan Besar SMK Dato' Dol Said. Jualan pada harga terendah khas untuk pelajar SMKDDS.

Taklimat Penggunaan iPTV untuk Guru Kanan Mata Pelajaran

Taklimat yang diadakan oleh pihak pembekal (Moxie Sdn Bhd) mengenai cara menggunakan aplikasi bagi penggunaan iPTV pada 23 Mac 2011 di Makmal Bestari 1.

Mesyuarat Agong PIBG

Mesyuarat Agong PIBG dirasmikan oleh Timbalan Pelajaran Negeri Melaka di Dewan Besar SMKDDS.

Program Dari Hati Ke Hati

Program yang diusahakan oleh Pengetua SMKDDS bagi mendekatkan diri dengan pelajar SMKDDS sebagai peransang memajukan diri dalam pelajaran.

Isnin, 30 Mei 2011

Teknik Menjawab Soalan PMR & SPM

Matapelajaran Geografi (PMR) di Dewan Besar SMKDDS.

*Masih dalam proses pengemaskinian..

Jumaat, 27 Mei 2011

Statistik Facebook 2010

 
Statistik facebook sepanjang tahun 2010. Dilaporkan oleh akhbar Telegraph pada 1 Januari 2011

Status hubungan sepanjang tahun 2010:
  • Lebih kurang 43,869,800 akaun mengubah statusnya menjadi Single.
  • Lebih kurang 3,025,791 akaun mengubah statusnya menjadi “It’s complicated”.
  • Lebih kurang 28,460,516 akaun mengubah statusnya menjadi In a relationship.
  • Lebih kurang 5,974,574 akaun mengubah statusnya menjadi Engaged.
  • Lebih kurang 36,774,801 akaun mengubah statusnya menjadi Married.
Secara purata apa yang terjadi di dalam Facebook dalam masa 20 minit? Berikut statistik yang telah tercatat:
  • Purata 1 juta link di share di Facebook dalam masa 20 minit.
  • Purata 1,323,000 foto baru di ‘tag’.
  • Purata 1,484,000 undangan event dihantar.
  • Purata 1,587,000 posting di Wall.
  • Purata 1,851.000 update status.
  • Purata 1,972.000 permintaan menjadi teman (friend request) diterima.
  • Purata 2,716.000 foto diupload.
  • Purata 10,208,000 komen.
  • Purata 4,632,000 pesan di hantar.
  • Purata 7,657,000 klik ‘Like’.
Selebriti yang paling banyak di ‘like’:
  • Lady Gaga (24,712,169 orang ‘Like this’).
  • Eminem (23,729,700 orang ‘Like this’).
  • Megan Fox (19,575,080 orang ‘Like this’).
  • Vin Diesel (19,425,325 orang ‘Like this’).
  • Rihanna (18,903,844 orang ‘Like this’).
  • Barack Obama (17,229,885 orang ‘Like this’).
 Di bawah ini merupakan gambaran bilik server utama facebook :






Selasa, 24 Mei 2011

Kursus Pemantapan Penggunaan EduWebTV


Kursus Pemantapan Penggunaan EduWebTV versi 2.0 - anjuran Pusat Sumber Sekolah.


Kursus ini telah dijalankan pada hari ini bermula jam 3:00 petang dan telah berakhir pada jam 4:30 petang bertempat di Makmal Bestari 1. En. Mohamad Noor Bin Idris daripada BTPN merupakan penceramah yang menerangkan cara-cara mendaftar dan menggunakan secara menyeluruh didalam pembelajaran.

Kursus ini disertai oleh Guru Cemerlang bagi setiap mata pelajaran di SMK Dato' Dol Said. Tujuan memilih guru-guru cemerlang menyertai kursus ini adalah sebagai Fasilitator untuk mengajar guru-guru lain dalam setiap matapelajaran masing-masing.

Program seumpama ini banyak memberi pendekatan kepada penggunaan ICT dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Selain dapat membantu guru-guru mengikuti aliran ICT yang semakin bertambah maju.

* Bagi guru-guru yang inginkan fail program (software) berkain EduWebTV yang dibekalkan oleh BTPN, sila gunakan 'Public' untuk salin ke komputer masing-masing.













Jumaat, 20 Mei 2011

Majlis Anugerah Q-Bestari Sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah Tahun 2011

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Alor Gajah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan menganjurkan Hari Anugerah Q-Bestari Sekolah Sekolah Daerah Alor Gajah pada September 2011.








Senarai anugerah yang akan dipertandingkan ialah :

1) Pengurusan ICT Sekolah Terbaik
2) Program Pembestarian Terbaik
3) Pencapaian SSQS Terbaik
4) pengurusan makmal Komputer Terbaik
5) Pengurusan Bilik Komputer Terbaik
6) Pengurusan Pusat Akses Terbaik
7) Pengurusan PSS Terbaik
8) Pengurusan NILAM Terbaik
9) Pengurusan Laman Web Sekolah Terbaik
10) Pengurusan Blog Pusat Akses Terbaik
11) Pebgurusan Blog PSS Terbaik
12) Pengajaran Berasaskan EduWebTV Terbaik
13) Anugerah Inovasi

Selasa, 17 Mei 2011

Apa yang dimaksudkan dengan Sumber Terbuka (Open Source)?

Sumber Terbuka (Open Source)
bermakna apabila sumber maklumat, kod, gambar, peta, pengarang dan semua yang berkaitan adalah boleh dilihat serta diubahsuai oleh orang awam atau sesiapa sahaja.

Inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Initiative (OSI)
telah dibentuk pada Februari 1998 oleh Eric S. Raymond dan Bruce Perens. Ia merupakan badan yang mengawal selia dan mewar-warkan konsep sumber terbuka. Konsep ini dibentuk untuk memadamkan anggapan sesetengah pihak bahawa perisian yang bebas atau percuma adalah anti-komersial. Pihak Inisiatif Sumber Terbuka memberikan tiga kriteria yang dipanggil Definasi Sumber Terbuka iaitu:

i) Kos sumber mesti diedarkan bersama perisian atau jika tidak ia mesti disediakan tidak lebih dari kos pengedarnya.

ii) Sesiapa sahaja boleh mengedar semula perisian tersebut secara percuma tanpa membuat bayaran lesen atau royalti kepada penulisnya.

iii) Sesiapa sahaja boleh mengubahsuai perisian atau menghasilkan perisian lain daripadanya dan mengedar semula perisian yang telah diubahsuai di bawah syarat yang sama.



Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru ...

Selamat Hari Guru diucapkan untuk semua guru-guru SMK Dato' Dol Said. Jasa guru yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan pengorbanan yang diberikan bagi mendidik anak bangsa yang berilmu dan berjaya...

Tema Hari Guru mengikut tahun:

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


Terima kasih Cikgu...

Jumaat, 13 Mei 2011

Pelancaran Blog Pusat Akses SMKDDS


haraf maaf, data sedang dikemaskini

Ahad, 8 Mei 2011

Karnival Pendidikan Melaka

Bermula 5 Mei 2011, telah berlansung Karnival Pendidikan di MITC, Melaka. Pelbagai acara dan pertandingan telah dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Melaka dan disertai oleh sekolah-sekolah di Melaka.
Karnival tersebut diadakan selama empat hari sehingga Ahad 8 Mei 2011 dan telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia iaitu  YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yasin pada hari Jumaat 6 Mei 2011.







Selasa, 3 Mei 2011

Bumbung Terbang

2 Mei 2011-Blok A SMKDDS.
Kejadian berlaku sekitar jam 6:00 petang akibat daripada hujan lebat beserta angin kencang yang mengakibatkan bumbung Makmal Bestari 1 terbang dituip angin. Hujan yang lebat menyebabkan air memasuki ruang Makmal Bestari 1 yang dinaiki air. Bilik Server yang bersebelahan dengan Makmal Bestari 1 juga mengalami nasib yang sama dinaiki air.
Staf sekolah bersama pengetua SMKDDS berhempas pulas pada hari kejadian mengalihkan peralatan komputer di Makmal Besatri dan Bilik Server. Suis utama litar elektrik juga ditutup bagi mengelakkan berlakunya litar pintas.
Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih dilakukan pada keesokan harinya dengan menggantikan bumbung yang rosak bagi mengelakkan air memasuki sekali lagi tempat kejadian jika hujan.
Buat sementara waktu, server sekolah tidak dapat berfungsi dan semua komputer sekolah tidak dapat mengakses ke internet. Jabatan Kerja Raya (JKR) dipanggil untuk memeriksa litar elektrik dan suis utama sebelum operasi dapat dijalankan seperti biasa.




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites